Indonesia dan Malaysia merupakan dua buah Negara yang berjiran dan bersempadan dengan wilayah Borneo / Kalimantan dan perairan Selat Melaka. Walaupun kedua-dua Negara tersebut memperoleh kemerdekaan secara berbeza, namun kedua-dua Negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi geografi, sosial dan budaya.
Pelbagai ancaman yang timbul di sempadan terutamanya semasa ancaman fahaman komunisme telah mendorong kedua-dua Negara berjiran ini untuk memantapkan kestabilan dan keamanan serantau dan bekerjasama dengan lebih erat lagi dalam pelbagai bidang.
Sebagai Negara yang berkongsi sempadan, kedua-dua Negara mempunyai aspirasi dan persepsi yang sama untuk memanfaatkan potensi dan sumber yang ada di Negara masing-masing untuk diguna pakai demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di kedua-dua belah Negara.
|