TUGAS & PERANAN SOSEK
PERANAN UTAMA JKK/KK SOSEK MALINDO PERINGKAT PUSAT.
  • Merumuskan dan melaksanakan dasar dan rancangan kerjasama pembangunan di bawah bidang SOSEK MALINDO.

  • Merumuskan dan melaksanakan dasar dan langkah-langkah yang wajar diambil oleh Pemimpin General Border Committee (GBC) MALINDO dalam bidang kerjasama pembangunan SOSEK MALINDO.

  • Menyelaras dan bekerjasama dengan Kementerian/Agensi berkaitan untuk memastikan aktiviti pembangunan berjalan baik di kawasan sempadan.

  • Mengumpul, menilai, merumus serta menyarankan hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan kerjasama pembangunan sosial ekonomi kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia.

  • Mengkaji serta menilai masalah-masalah yang dapat diselesaikan oleh kedua-dua Negara. (Malaysia dan Indonesia).
 
PERANAN UTAMA JKK/KK SOSEK MALINDO PERINGKAT NEGERI
  • Agensi/Jabatan peringkat Negeri dan Persekutuan menjalankan kerjasama berdasarkan tiga (3) bidang kerjasama SOSEK MALINDO iaitu:

    1. Bidang Sosial dan Budaya;
    2. Bidang Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan; dan
    3. Bidang Keselamatan dan Pengurusan Sempadan .

  • Menentukan projek pembangunan yang akan membawa keseimbangan dan keselamatan di kawasan sempadan bersama.

  • Menentukan projek usaha sama di negeri yang dapat mendatangkan manfaat bagi kedua pihak dan boleh digunakan secara bersama.

  • Merancang pelaksanaan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan di negeri masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh JKK/KK SOSEK MALINDO Peringkat Pusat.

  • Bertukar-tukar maklumat mengenai projek pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan Malaysia.

  • Menghantar kertas kerja dan laporan kepada JKK/KK SOSEK MALINDO Peringkat Pusat berkenaan pelaksanaan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan sempadan.

  • Memastikan pelaksanaan semua keputusan dan pengarahan yang telah diputuskan oleh JKK/KK SOSEK MALINDO Negeri;

  • Menyelaras tindakan pelaksanaan oleh agensi-agensi khusus mengikut bidang kerjasama, selain memberi nasihat/kaedah penyelesaian bagi masalah berkaitan teknikal yang dihadapi dalam melaksanakan program-program kerjasama;

  • Melaporkan status kerjasama sosio-ekonomi yang dilaksanakan di kawasan kerjasama kepada JKK/KK SOSEK MALINDO Negeri;

  • Menilai secara berkala tahap pencapaian dan keberkesanan pelaksanaan program yang telah dipersetujui
 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIM TEKNIK MENGIKUT BIDANG KERJASAMA JKK/KK SOSEK MALINDO
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas berdasarkan Sub-Bidang Kerjasama SOSEK MALINDO dan menyerahkan laporan aktiviti/kegiatan kepada Sekretariat JKK/KK SOSEK MALINDO Negeri/Provinsi. Seterusnya, laporan-laporan tersebut akan dibahagikan dan dilaporkan mengikut tiga (3) bidang yang telah dipersetujui iaitu:

    1. Bidang Sosial dan Budaya;
    2. Bidang Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan; dan
    3. Bidang Keselamatan dan Pengurusan Sempadan.

  • Skop bagi ketiga-tiga bidang kerjasama adalah sebagaimana berikut:
  • Mengenalpasti dan mencadangkan usul kepada JKK/KK SOSEK MALINDO Negeri/Provinsi program yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua Negara dibawah bidang kerjasama masing-masing;

  • Mengenalpasti, melaporkan masalah dan melaporkan status kerjasama dan pelaksanaan di bawah bidang kerjasama masing-masing kepada JKK/KK SOSEK MALINDO.
 
kembali ke atas ▲

 

BULETIN & AKTIVITI
OGOS/SEPTEMBER 2018
Pertemuan Tim Teknik dan Sidang Ke-17 JKK/KK SOSEK MALINDO Peringkat Negeri Johor/Melaka...
baca seterusnya..

7 NOVEMBER 2017
Pertemuan Tim Teknik dan Sidang Ke-16 KK/JKK SOSEK MALINDO Tingkat Provinsi Riau/KEPRI-Peringkat Negeri Johor/Melaka....
baca seterusnya..

 

 
Copyright (c) Sosek Malindo Johor 2017